Firdaus sedia galas tugas Setiausaha Kehormat KFA

Firdaus (kanan) menunjukkan klon durian IOI yang dibawakan khas dari Kampung Bendang Man, Sik yang diusahakan oleh KGOC.
Firdaus (kanan) menunjukkan klon durian IOI yang dibawakan khas dari Kampung Bendang Man, Sik yang diusahakan oleh KGOC.
A
A
A

ALOR SETAR - Exco Belia dan Sukan, Pelancongan, Seni dan Budaya,Pembangunan Usahawan dan Koperasi Kedah, Mohd Firdaus Ahmad bersedia mengalas amanah selaku Setiausaha Kehormat Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) jika beliau dipilih oleh bakal Presiden baharu KFA pada Kongres Luar Biasa (EGM) persatuan itu pada Ahad ini.

Menurut beliau, secara adatnya, jawatan Setiausaha Kehormat KFA adalah lantikan oleh Presiden KFA dan jika tradisi tersebut dikekalkan, beliau bersedia memberikan perkhidmatan sebaiknya.

"Sebelum ini Presiden KFA adalah dari Menteri Besar dan secara adatnya beliau akan melantik Exco Belia dan Sukan bagi menjawat jawatan Setiausaha Kehormat dalam KFA bagi memudahkan urusan semua pentadbiran.

"Jika Menteri Besar mengekalkan tradisi itu, saya sebagai pemimpin muda akan bersedia untuk menerima dan menggalasnya sebaik mungkin," katanya kepada media selepas Majlis Perasmian Keda Group Of Company (KGOC) Durian Tour 2020 di Ibu Pejabat Keda, Jalan Langgar, dekat sini hari ini.

Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan Menteri Besar, Muhammad Sanusi Md Noor disebut-sebut bakal mengalas tugas Presiden KFA selepas nama beliau sahaja yang dicalonkan pada EGM KFA berikutan penyandangnya, Datuk Seri Mukhriz Mahathir melepaskan jawatan tersebut pada Mei lalu.

Menurut Mohd Firdaus, beliau maklum dengan kemelut yang dihadapi oleh KFA pada masa kini dan sesiapa sahaja yang dipilih perlu berusaha memulihkan kembali reputasi Hijau Kuning.

"Dosa-dosa (masalah) lama di dalam KFA perlu disucikanlah. Kita perlu tengok apa yang (sebenarnya) berlaku di dalam persatuan ini.

"Kita sedar bahawa KFA bukanlah sebuah persatuan yang kaya raya, bukan macam persatuan-persatuan bola sepak yang lain. Kita perlu berdiri atas kaki diri sendiri dan tidak boleh terlalu bermewah," katanya.

Artikel Berkaitan: