Selalu diejek guna telefon kentang, lihat hasil ciptaan pemuda ini

Paparan Facebook Khoirul Aman tular di media sosial.
Paparan Facebook Khoirul Aman tular di media sosial.
A
A
A

JAWA - Sering disindir rakan masih menggunakan telefon tidak canggih dan digelar telefon kentang, seorang pemuda nekad menghasilkan 'telefon bimbit' daripada sebiji kentang seperti dikatakan rakan-rakanya.

Khoirul Aman memuat naik beberapa gambar cara pembuatan telefon yang diperbuat daripada kentang seakan Nokia 3310, lapor Kompas.

"Saya selalu berkumpul dengan kawan-kawan, bila mahu muat turun 'game' tak boleh kerana telefon tak canggih. Rakan selalu sindir, telefon kentang," katanya.

Pemuda yang berasal dari Mangelang dan lebih mesra dipanggil Anam memberitahu, telefon yang diperbuat daripada kentang itu hanya mempunyai beberapa komponen penting seperti LCD, bateri, papan kekunci dari telefon Nokia 3310.

Tambahnya proses pembikinan telefon kentang hanya mengambil masa 10 minit sahaja tetapi dia menghadapi kesukaran mendapatkan kentang bersaiz besar.

Jelasnya, perkongsian beberapa gambar telefon kentang di Facebook itu sekadar gurauan selain mahu menyindir rakan-rakannya.

"Saya buat telefon ini sekadar gurauan sahaja. Pada awalnya nak buat 'cover' telefon tetapi lama-kelamaan kentang akan bertukar hitam dan busuk.

"Lagipun ibu menggunakan kentang ini untuk masak, tiada pembaziran," katanya.

Artikel Berkaitan:

Bagaimanapun, katanya, telefon tersebut tidak boleh berfungsi.

Setelah tular kisah Khoirul Aman di media sosial, dia berhasrat untuk mencipta telefon daripada buah epal yang sinonim dengan satu jenama terkenal telefon pintar.