Mayat masih sempurna biarpun terperangkap hampir tiga hari

A
A

GEORGETOWN - Mayat mangsa dalam kemalangan sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) yang terhumban ke dalam laut Ahad lepas ditemukan dalam keadaan masih sempurna biarpun sudah terperangkap di dalam kenderaan itu hampir tiga hari.

Ketua Polis Pulau Pinang Datuk T Narenasagaran berkata, mayat pelajar kolej swasta, Moey Yun Peng, 20, masih berada di tempat duduk pemandu semasa kenderaan itu berjaya dikeluarkan dari laut kira-kira pukul 6.00 petang tadi di Kilometer 4, Jambatan Pulau Pinang di sini.

“Kereta remuk teruk akibat kemalangan, namun (keadaan) fizikal mangsa masih sempurna dengan tali pinggang keledarnya masih terpasang,” katanya ketika ditemui pemberita di lokasi kejadian.

Menurutnya mayat mangsa dihantar ke Hospital Seberang Jaya untuk proses bedah siasat sebelum diserahkan kepada keluarga untuk pengebumian.

Katanya operasi untuk mengeluarkan kenderaan itu mengambil masa selama tiga hari dan berdepan beberapa kesukaran yang antaranya termasuk faktor cuaca dan arus laut yang deras.- Bernama

ARTIKEL BERKAITAN:


Bermula dengan hanya RM5 anda telah menyokong Berita Fakta dan Komprehensif kami, sokong berita kami.
Terima Kasih Rakyat Malaysia