Cadang wakil NGO sebagai senator

Ir Mohd Jamaludin Mohamed Shamsudin
Ir Mohd Jamaludin Mohamed Shamsudin
A
A
A

SHAH ALAM - Pengerusi Gabungan Perikatan Pertubuhan-pertubuhan Islam Bukan Kerajaan Malaysia (ACCIN) Ir Mohd Jamaludin Mohamed Shamsudin menyatakan sudah tiba masanya wakil daripada badan bukan kerajaan (NGO) berperanan dalam arus perdana.

Katanya, beliau mencadangkan supaya ada wakil daripada NGO dilantik selaku senator di Parlimen bagi menyampaikan aspirasi rakyat.

"Dengan kata lain, NGO membawa suara rakyat yang berkecuali daripada pengaruh atau pertimbangan seperti undi, kuasa politik dan sebagainya.

"Katanya bukan sahaja di Parlimen tetapi di syarikat berkaitan kerajaan (GLC), jabatan agama juga. Saya lihat ada ruang-ruang yang boleh diisi oleh NGO," katanya dalam Wacana Sinar Harian Ke- 87, Peranan NGO dalam Konteks Malaysia Baharu, hari ini.

Menurutnya, terdapat cara dan kaedah bagi mengurangkan risiko penyalahgunaan kuasa oleh pemimpin NGO yang dilantik sebagai senator.

"Ada beberapa cara kita boleh laksakan kurangkan risiko ini iaitu, lantikan tidak lama.

"Pada saya, NGO yang dilantik ini sukar untuk lakukan salahguna kuasa berbanding orang politik yang dilihat memiliki ruang agak mudah dan besar," katanya.

Artikel Berkaitan: