13 pengundi selesai jalan tanggungjawab

Undi awal yang dibawa keluar selepas pusat pengundian di balai itu berakhir jam 2 petang tadi.
Undi awal yang dibawa keluar selepas pusat pengundian di balai itu berakhir jam 2 petang tadi.
A
A
A

LIPIS - Seramai 13 daripada 15 pengundi berdaftar bagi undi awal di Balai Polis Sungai Koyan selamat menunaikan tanggungjawab sebelum pusat pengundian ditutup jam 2 petang tadi.

Difahamkan dua lagi pengundi yang tidak hadir adalah pesara polis yang menetap di daerah Kuantan dan Bachok Kelantan.

[ARTIKEL BERKAITAN: Undi awal PRK Cameron Highlands hari ini]

Pengundian awal di Balai Polis Sungai Koyan hari ini membabitkan 11 anggota yang bertugas di Balai Polis Sungai Koyan, tiga anggota yang sudah bersara dan seorang yang telah bertukar ke tempat lain.

Seramai 247 pengundi awal bagi PRK Parlimen Cameron Highlands yang terdiri daripada anggota polis dijangka keluar mengundi hari ini di dua pusat pengundian yang dibuka tepat jam 8 pagi ini.

Artikel Berkaitan: