Kerajaan akan teruskan program Community Drumming

Rosol meninjau sebuah pusat pengedar gas di Chini pada Program Walkabout bersama Pemborong Gas di Felda Chini 5 petang semalam.
Rosol meninjau sebuah pusat pengedar gas di Chini pada Program Walkabout bersama Pemborong Gas di Felda Chini 5 petang semalam.
A
A
A

PEKAN - Kerajaan akan meneruskan pelaksanaan program Community Drumming melalui peruntukan lebih RM20 juta setahun bagi memastikan barangan keperluan di kawasan pulau dan pedalaman dapat dinikmati pengguna mengikut harga kawalan subsidi ditetapkan.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Rosol Wahid berkata, menerusi program itu kerajaan membantu mengurangkan harga barangan keperluan termasuk minyak dan gas.

"Kita akan masukkan peruntukan melalui belanjawan 2021 untuk kemudahan pengguna di kawasan pulau dan pedalaman termasuk di Sabah dan Sarawak," katanya selepas Walkabout bersama Pemborong Gas di Felda Chini 5, di sini petang semalam.

Rosol berkata, lawatannya ke Pulau Redang,Terengganu dua hari lepas mendapati harga gas RM50 setong sedangkan harga biasa RM 26.60 berikutan kos pengangkutan (bot) yang tinggi.

"Masalah itu dalam perhatian kementerian untuk cuba mendapatkan peruntukan melalui bajet tahun depan. Kerajaan akan cuba menyelesaikan masalah itu," katanya.

Sementara itu, Rosol berkata, beliau berpuas hati dengan bekalan minyak dan gas untuk kegunaan penduduk di Chini dan tiada isu bekalan setakat ini.

"Stesen minyak dan pusat pengedar gas yang sedia ada di kawasan itu mampu menampung keperluan.

"Difahamkan dua lagi stesen minyak akan dibina di kawasan ini manakala pusat pengedar gas utama di kawasan ini mampu membekalkan bahan itu untuk keseluruhan kawasan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Chini," katanya.

Artikel Berkaitan: