Penunggang maut langgar lori rosak tepi jalan

Keadaan motosikal mangsa.
Keadaan motosikal mangsa.
A
A
A

PONTIAN - Seorang lelaki maut selepas motosikal dinaiki melanggar sebuah lori treler rosak yang di laluan motosikal di km70, Jalan Johor Bahru-Batu Pahat berhampiran Taman Sri Api-Api, di sini, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Pontian, Suprintendan Mustafa Bakri Salleh berkata, mangsa yang meninggal dunia ditempat kejadian dikenali sebagai Nursaiful Mohd. Seith, 26, beralamat di Taman Harta Ria, Parit Semerah, Pontian.

Katanya, kejadian berlaku pada kira-kira jam 9.00 malam itu mangsa dalam perjalanan ke Benut.

“Lori treler itu dipercayai mengalami kerosakkan dan didapati tidak meletakkan segi tiga keselamatan di bahagian belakangnya.

“Akibat perlanggaran itu, mangsa telah mengalamai pendarahan di kepala dan disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan yang datang memberikan bantuan.

“Kes disiasat dibawah Sek 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya di sini hari ini.

Pihak polis meminta pemilik kenderaan yang mengalami sebarang kerosakkan supaya meletakan tanda-tanda keselamatan bagi memberitahu kepada pengguna yang lain.

Artikel Berkaitan: