PRK DUN Chini: Perantau digesa balik mengundi

Ahmad Maslan meninjau Pusat Media di Kampung Baru Salong di sini hari ini.
Ahmad Maslan meninjau Pusat Media di Kampung Baru Salong di sini hari ini.
A
A
A

PEKAN - Perantau digesa digesa balik untuk menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi pada hari mengundi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Chini pada 4 Julai ini.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, kemenangan calon Barisan Nasional (BN), Mohd Sharim Md Zain perlu menang dengan majoriti besar supaya kerajaan lebih bersemangat membangunkan kawasan DUN Chini.

"Tanggapan pengundi luar bahawa jika mereka tidak pulang pun calon BN tetap menang adalah salah kerana kita mahukan mandat yang lebih besar.

"Mengundi tanggungjawab kita, jadi saya minta semua perantau pulang untuk tunaikan tanggungjawab masing-masing," katanya ketika ditemui Sinar Harian di sini hari ini.

Menyentuh berhubung kempen calon yang diaturkan, Ahmad berkata, semuanya diatur dengan teliti termasuk kempen bersama pemimpin di peringkat Pusat dan negeri.

"Sepanjang hujung minggu ini, ramai pemimpin turun bantu berkempen termasuk Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Zahid Hamidi dan Ahli-Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO," katanya.

Artikel Berkaitan: