Jenazah Muhammad Arif selamat disemadikan

Ahli keluarga dan rakan taulan ketika bacaan talkin selepas pengebumian jenazah Allahyarham di Tanah Perkuburan Islam Klebang Besar di sini tadi.
Ahli keluarga dan rakan taulan ketika bacaan talkin selepas pengebumian jenazah Allahyarham di Tanah Perkuburan Islam Klebang Besar di sini tadi.
A
A
A

MELAKA TENGAH - Jenazah Allahyarham Laskar Kelas 1 TMK, Muhammad Arif Idris, 26, yang maut dalam kemalangan di Sabah kelmarin selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Klebang Besar di sini tadi.

Jenazah anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) sebelum itu disembahyangkan di Masjid Saad Ibni Abi Waqqas dan proses pengebumian dijalankan dengan penuh istiadat ketenteraan termasuk kawalan kehormatan jenazah kira-kira jam 4 petang tadi.

Terdahulu Jenazah Allahyarham Muhammad Arif tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka (LTAM) Batu Berendam lebih kurang jam 2 petang sebelum dibawa ke rumah keluarganya di Persiaran Balik Buloh Klebang Besar.

ARTIKEL BERKAITAN: Tiga anggota TLDM maut nahas

Jenazah diterbangkan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu menggunakan pesawat C130H milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) pada jam 9.45 pagi.

Allahyarham Muhammad Arif anak kedua daripada tiga beradik dilaporkan maut bersama dua lagi anggota TLDM iaitu Allahyarham Laskar Kelas I Mohamad Firdaus Mat Izan dan Allahyarham Laskar Kanan PAP Maslim Abdul Rahim selepas trak tentera yang dinaiki terbabit kemalangan di Jalan Ranau-Kota Kinabalu 12.55 tengah hari, Selasa.

Kesemua mangsa merupakan anggota Markas Wilayah Laut (Mawilla) 2 Pangkalan TLDM Sandakan.

Artikel Berkaitan: