Operasi menyelamat kereta terjunam bersambung hari ini

Bot Pasukan Polis Marin sedang meninjau kawasan lokasi kereta dijumpai.
Bot Pasukan Polis Marin sedang meninjau kawasan lokasi kereta dijumpai.
A
A
A

GEORGETOWN - Operasi menyelamat kereta jenis SUV Mazda CX-5 yang terhumban ke dalam laut bersambung hari ini.

Komander Polis Marin Wilayah 1, Asisten Komisioner Rosman Ismail berkata, operasi bermula seawal jam 7 pagi namun kerja mengangkat kereta berkenaan bermula jam 9 pagi.

Menurutnya, atas nasihat Plus, operasi mengangkat dengan menggunakan kren akan bermula jam 9 pagi kerana hari ini adalah hari bekerja.

"Semalam kita menamatkan operasi pada jam 7.20 petang kerana faktor cuaca dan keadaan arus yang kuat.

[ARTIKEL BERKAITAN: Kereta terhumban ke laut ditemui]

"Hari ini, tiada lagi operasi pencarian, hanya operasi mengangkat kereta yang terjunam di kedalaman 15 meter sahaja. Kita harap, kesukaran yang dihadapi semalam dapat ditangani dan berjaya membawa keluar kereta tersebut," katanya .

Semalam, kereta dipandu Moey Yun Peng, 20, yang terjunam ke dalam laut dijumpai kira-kira jam 4 petang.

Kereta itu ditemui di tiang 34, KM 4.0 Jambatan Pulau Pinang iaitu 15 meter dari tempat ia terjatuh.

Artikel Berkaitan:

Dalam kejadian awal pagi kelmarin, sebuah kereta terjunam ke dalam laut selepas terlibat dalam kemalangan membabitkan dua buah kereta di Jambatan Pulau Pinang.

Kemalangan itu berlaku dari arah pulau menghala ke seberang pada jam 2.45 pagi.

Menurut bomba, dua buah kenderaan terlibat yang mana, sebuah kereta Toyota Vios remuk dan pemandunya yang berusia 20 an cedera ringan dan kini dirawat di hospital swasta.