X

Kindly register in order to view this article
!

Quran Corner di hospital jadi daya tarikan dekati Islam

Menteri Kesihatan Malaysia, Datuk Seri Dr Adham Baba (kanan) melihat al-Quran sambil disaksikan oleh Timbalan Pengerusi Kumpulan Karangkraf, Datuk Muhammad Nasir Hamzah ketika majlis penyerahan al-Quran di Kementerian Kesihatan Malaysia. - FOTO SINAR HARIAN/ROSLI TALIB
A
A
PUTRAJAYA - Quran Corner yang ditempatkan di hospital menjadi daya tarikan utama untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai Islam.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba berkata, inisiatif yang jalankan oleh Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF) itu dilihat dapat memberi manfaat kepada pesakit dan petugas kesihatan.

"Sebagai petugas barisan hadapan ia tentu sekali dapat memulih kesucian hati dalam merawat," katanya.

Menurutnya, apabila hati individu suci, segala-galanya menjadi baik.

"Begitu juga bagi pesakit kerana terdapat ayat di dalam al-Quran sebagai penyembuh yang boleh diamalkan sebagai doa," katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui selepas penyerahan sumbangan al-Quran oleh pewakaf menerusi WUIF di pejabatnya di sini hari ini.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba (kanan) bersama Timbalan Pengerusi Kumpulan Karangkraf, Datuk Muhammad Nasir Hamzah menunjukkan plakad My #QuranTime ketika majlis penyerahan al-Quran di Kementerian Kesihatan Malaysia. - FOTO SINAR HARIAN/ROSLI TALIB
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba (kanan) bersama Timbalan Pengerusi Kumpulan Karangkraf, Datuk Muhammad Nasir Hamzah menunjukkan plakad My #QuranTime ketika majlis penyerahan al-Quran di Kementerian Kesihatan Malaysia. - FOTO SINAR HARIAN/ROSLI TALIB

Turut hadir pada majlis itu, Timbalan Pengerusi Kumpulan Karangkraf, Datuk Muhammad Nasir Hamzah.

Beliau berkata, mendalami al-Quran dapat memisahkan individu tersebut daripada dunia yang kini penuh dengan tekanan.

"Ia dapat mendidik kita berpandukan kepada ajaran mulia dan boleh disampaikan kepada mereka yang memerlukan pertolongan," katanya.

Terdahulu, Dr Adham menerima 1,500 naskhah al-Quran untuk digunakan oleh seluruh kakitangan yang bertugas di Ibu Pejabat KKM.

Sementara itu, Nasir berkata, hampir 70,000 naskhah al-Quran telah diedarkan kepada petugas kesihatan di fasiliti kesihatan sejak program wakaf tersebut bermula April lalu.

"Kita telah agihkan 69,101 kepada hospital, klinik kesihatan untuk mereka gunakan dan mengamalkannya," katanya.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!