X

Kindly register in order to view this article
!

Lima diburu kes gaduh rebut tapak perniagaan

Mohd Zaid Hassan - Foto Bernama
A
A

KAJANG - Polis sedang mengesan lima individu bagi membantu siasatan berhubung kes pergaduhan di tapak perniagaan berhampiran Surau Al- Amin, Seksyen 8, Bandar Baru Bangi semalam.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan berkata, salah seorang individu itu dikenali sebagai Joe yang juga peniaga berhampiran surau berkenaan.

"Dalam kejadian pada jam 6.11 petang itu, suspek bertindak memukul mangsa dan membaling buah durian ke arahnya.

"Suspek juga telah merosakkan tapak perniagaan milik mangsa," katanya melalui kenyataan media hari ini.

Mohd Zaid berkata, punca kejadian adalah perebutan tapak perniagaan.

"Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian ini boleh menghubungi Pegawai Penyiasat kes, Inspektor Suresh di talian 017-4333795 atau 03-89114222," katanya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 323, 506, 427 Kanun Keseksaan.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!