'Bob' kucing jalanan terkenal sudah tiada

Bob peneman setia tuannya, James Anthony Bowen.
Bob peneman setia tuannya, James Anthony Bowen.
A
A
A

LONDON - Seekor kucing menjadi sumber inspirasi sebuah buku bertajuk 'A Street Cat Named Bob', diilhamkan oleh pemiliknya, James Anthony Bowen, mati pada usia 14 tahun.

Penerbit buku Bowen, Hodder & Stoughton mengesahkan berita kematian Bob dalam satu kenyataan semalam, lapor Independent.

Kucing jalanan itu mula terkenal kerana menyelamatkan seorang gelandangan iaitu tuannya sendiri dan mengubah kehidupan menjadi lebih baik.

Bowen juga merupakan seorang pemuzik jalanan telah menemui Bob di sebuah pangsapuri di Tottenham pada 2007.

Meskipun pada awalnya Bowen tidak mengendahkan kehadiran Bob namun lama kelamaan, hubungan mereka menjadi akrab dan Bob menjadi peneman setia termasuk semasa membuat persembahan.

James Anthony Bowen bersama Bob dan buku bertajuk, 'A Street Cat Named Bob'.
James Anthony Bowen bersama Bob dan buku bertajuk, 'A Street Cat Named Bob'.

Bowen juga merupakan seorang penulis terkenal telah membukukan kisah perjalanan hidup bersama Bob pada 2012 dan diadaptasi kepada filem bertajuk 'A Street Cat Named Bob' pada 2016 dibintangi oleh Luke Treadaway.

Katanya, Bob telah menyelamatkan nyawanya dan memberi sebuah persahabatan cukup bermakna.

Artikel Berkaitan:

"Semasa dia berada di sisi saya, saya menemui jalan dan tujuan untuk hidup yang selama ini telah hilang. Kami mengecapi kejayaan bersama melalui buku dan filem yang cukup menakjubkan.

"Dia bertemu dengan ribuan orang, memberi harapan kepada jutaan orang, Bob tiada pengganti dan tiada kucing sepertinya, tidak akan ada.

"Saya rasa kehilangan dan saya tidak akan sekali melupakannya," katanya.

Dalam pada itu, perkataan 'RIP Bob' menjadi trending teratas Twitter selepas peminatnya mengetahui kematian Bob.

Selain buku A Street Cat Named Bob, terdapat juga buku bertajuk A Gift from Bob, The World According to Bob, My Name Is Bob dan For the Love of Bob, laris di pasaran.