Kerajaan Sabah berada di landasan betul: DAP

Frankie Poon Ming Fung
Frankie Poon Ming Fung
A
A
A

KOTA KINABALU - Kerajaan Sabah di bawah pimpinan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berada di landasan yang betul dan kukuh untuk menjadikan negeri ini lebih baik dan maju, kata Pengerusi DAP Sabah Datuk Frankie Poon Ming Fung.

Beliau berkata, oleh itu tiada sebab untuk menukar kerajaan Sabah yang dibentuk oleh Parti Warisan Sabah (Warisan), Pakatan Harapan (PH) dan Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO).

“Banyak perkara yang dijadikan spekulasi pada masa kini khususnya mengenai pergolakan politik Sabah...ia hanya mainan politik semata-mata,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata buktinya semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang hadir pada perjumpaan dengan ketua menteri baru-baru ini menyatakan sokongan terhadap kepimpinannya.

"Hanya tiga ADUN yang tidak hadir dan ADUN Elopura, Calvin Chong Ket Kiun tidak dapat hadir disebabkan berada di Sandakan dan tidak sempat ke Kota Kinabalu kerana hanya diberitahu mengenai perjumpaan itu lewat,” katanya.

Semalam, dua wakil rakyat daripada UPKO, iaitu ADUN Kuala Penyu Datuk Limus Jury dan ADUN Sugut Datuk James Ratib mengumumkan keluar parti dan menjadi ADUN Bebas. Kedua-dua mereka tidak hadir semasa perjumpaan bersama Mohd Shafie.- Bernama

Artikel Berkaitan: