Geng 'Gi Mekoh Nga Muto' dah sampai...

Tiga sahabat bersyukur impian mereka kini tercapai.
Tiga sahabat bersyukur impian mereka kini tercapai.
A
A
A

KOTA BHARU – “Alhamdulilah, kami sampai dengan selamat. Tiada apa yang mustahil,” kata Mohamad Fadhli Abdul Rashid, salah seorang peserta geng ‘Gi Mekoh Nga Mutor’ yang kini sudah tiba di bumi Mekah, semalam.

Setibanya di sana, Mohamad Fadhli dan dua rakannya, Diami Yusoff dan Ahmad Zalani Zulkifli menuju ke Masjid Quba' untuk menunaikan sujud syukur kerana ALLAH SWT telah memakbulkan doa mereka.

"Selain itu kami juga menunaikan solat Maghrib dan Isyak di Masjid Nabawi. Kami tiba di Mekah jam 12 tengah hari. Insya-ALLAH kami akan mengerjakan ibadah umrah selepas ini," katanya kepada Sinar Harian di sini.

Walaupun berdepan pelbagai cabaran lebih 50 hari untuk tiba di kota suci itu, namun tiga sahabat tersebut tidak pernah sekali menyesal atau merungut bagi memastikan impian mereka untuk menunaikan umrah tercapai.

Mohamad Fadhli juga berkongsi, sejurus tiba di bumi itu, bagaikan hilang seribu kepayahan, hanya air mata berjujuran menikmati kesyukuran kerana dimakbulkan ALLAH untuk menunaikan ibadah di sana.

Artikel Berkaitan: