DUN Selangor belum terima surat peletakan jawatan Daroyah

Ng Suee Lim
Ng Suee Lim
A
A
A

SHAH ALAM - Pejabat Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor masih belum menerima surat peletakan jawatan Timbalan Speaker, Dr Daroyah Alwi yang mengumumkan keluar daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sabtu lalu.

Speaker DUN Selangor, Ng Suee Lim berkata, pihaknya masih menunggu surat peletakan jawatan yang mungkin diserahkan Daroyah dalam masa terdekat.

Menurutnya, Pejabat DUN Selangor akan memastikan pemilihan pengganti jawatan itu dapat dilakukan pada persidangan DUN 13 Julai depan.

"Pemilihan Timbalan Speaker DUN Selangor akan dilakukan sebaik pembukaan sidang DUN Selangor akan datang," katanya.

Mengulas mengenai keputusan Daroyah meninggalkan PKR dan mengumumkan sebagai ADUN Bebas yang mesra Perikatan Nasional (PN), Suee Lim berkata, keputusan diambil ADUN Sementa itu sudah dijangka.

"Ini sudah dijangka kerana Daroyah pastinya mengikut jejak (Datuk Seri) Mohamed Azmin Ali dan Zuraida Kamaruddin," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN ADUN Sementa umum keluar PKR

Artikel Berkaitan: