Pelajar Mesir pulang ke Kelantan diminta terus patuh SOP

 Dr Mohamed Fadzli Datuk Hassan
Dr Mohamed Fadzli Datuk Hassan
A
A
A

KOTA BHARU - Kerajaan Kelantan menasihatkan pelajar Mesir yang baharu pulang ke negeri Kelantan supaya terus mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sepanjang berada di negeri itu.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Pendidikan, Pengajian Tinggi, Sains dan Teknologi, Datuk Dr Mohamed Fadzli Datuk Hassan berkata, ia termasuklah mengikuti arahan kuarantin terutamanya yang menjalani kuarantin di rumah sendiri.

"Kita juga menasihatkan mereka tidak terlalu kerap membuat kontak dengan dengan masyarakat luar dalam tempoh kuarantin tersebut bagi mengelak sesuatu yang tidak diingini berlaku.

"Sama-sama kita jaga diri dan keluarga supaya semuanya dapat terhindar dari wabak koronavirus (Covid-19). Insya-ALLAH," katanya ketika dihubungi Sinar Harian di sini hari ini.

Menurutnya, dua hari lalu, sebanyak 17 buah bas digunakan untuk membawa pulang kesemua pelajar Mesir yang menjalani kuarantin di pusat kuarantin di Kuala Lumpur, Melaka dan Seremban manakala selebihnya akan dibawa secara berperingkat.

Beliau berkata, bukan hanya pelajar, namun kaum keluarga juga perlu memberikan sokongan sepenuhnya bagi memastikan mereka dapat menghabiskan tempoh kuarantin sebaiknya.

Artikel Berkaitan: