Abang jumpa mayat adik terapung

Mayat mangsa dibawa ke darat sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya, petang semalam. - Foto MARITIM MALAYSIA
Mayat mangsa dibawa ke darat sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya, petang semalam. - Foto MARITIM MALAYSIA
A
A
A

ROMPIN- Mayat seorang pemancing yang dilaporkan hilang selepas terjatuh dari bot di perairan Tanjung Gemok di sini, dua hari lalu ditemui oleh abangnya, petang semalam.

Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Negeri Pahang, Laksamana Pertama Maritim Amran Daud berkata, mayat Md Fadhil Hanafi Chik, 29 ditemui terapung kira-kira jam 4 petang kira-kira satu batu nautika dari tempat dia dilaporkan terjatuh.

"Pusat Penyelaras Mencari dan Menyelamat Maritim (MRSC) Kuantan menerima makluman penemuan mayat itu jam 4.20 petang dan identiti mangsa disahkan sebagai pemancing yang hilang oleh ahli keluarga," katanya.

Menurutnya, mayat lelaki itu ditemui abangnya yang turut serta dalam operasi pencarian tersebut.

Amran berkata, dalam kejadian Selasa lalu, mangsa dari Endau bersama seorang rakannya, Suhardi Sumarno,39 dilaporkan terjatuh dari bot fiber yang dinaiki mereka ketika memancing di perairan kira.kira 6.1 batu nautika dari Tanjung Gemok.

"Suhardi berjaya berenang ke pulau berhampiran sebelum diselamatkan manakala mangsa dilaporkan hilang dan dikhuatiri lemas.

"Susulan kejadian, operasi mencari dan menyelamat (SAR) digerakkan melibatkan 53 anggota penyelamat menggunakan sembilan bot termasuk bot nelayan tempatan yang turut serta dalam pencarian itu”, katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Pemancing dikhuatiri lemas selepas tercampak dari bot

Artikel Berkaitan:

Menurutnya, APMM yang mengkoordinasi operasi SAR itu berterima kasih kepada Pasukan Polis Marin (PPM), Jabatan Laut, Taman Laut, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JPBM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan nelayan tempatan yang terlibat sepanjang operasi pencarian.

Mayat mangsa dibawa ke darat sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya, petang semalam. - Foto MARITIM MALAYSIA
Mayat mangsa dibawa ke darat sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya, petang semalam. - Foto MARITIM MALAYSIA

"Komuniti maritim dinasihatkan supaya sentiasa mengutamakan keselamatan dengan memakai jaket keselamatan dan peka dengan perubahan cuaca semasa setiap kali turun ke laut bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini.

"Sebarang aduan dan kecemasan di laut boleh dilaporkan melalui talian MERS 999 atau Pusat Operasi Maritim Negeri Pahang di talian 09-5717345," katanya.