NUTP cadang sesi persekolahan hanya 4 jam setiap sesi

NUTP mencadangkan sesi persekolahan hanya bermula pada jam 8 pagi dan berakhir pada 12 tengah hari untuk sesi pagi dan bagi sesi petang dari jam 1 petang sehingga 5 petang. Gambar kecil: Aminuddin
NUTP mencadangkan sesi persekolahan hanya bermula pada jam 8 pagi dan berakhir pada 12 tengah hari untuk sesi pagi dan bagi sesi petang dari jam 1 petang sehingga 5 petang. Gambar kecil: Aminuddin
A
A
A

SHAH ALAM - Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP) mencadangkan sesi persekolahan hanya bermula pada jam 8 pagi dan berakhir pada 12 tengah hari untuk sesi pagi dan bagi sesi petang dari jam 1 petang sehingga 5 petang.

Presidennya, Aminuddin Awang berkata, pihaknya juga mencadangkan supaya Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) melaksanakan jadual anjal bagi setiap sesi.

Menurutnya, jadual anjal dilaksanakan dengan menetapkan setiap hari persekolahan hanya empat mata pelajaran diajar dalam satu hari dan beri penekanan kepada mata pelajaran teras.

“Bagi mata pelajaran elektif diajar menggunakan kaedah segerak, tidak segerak atau secara off-line berdasarkan kesediaan murid-murid,” katanya kepada Sinar Harian di sini semalam.

ARTIKEL BERKAITAN: Sekolah dibuka semula untuk kelas peperiksaan awam 24 Jun ini

Beliau berkata, pengumuman Menteri Pelajaran, Dr Mohd Radzi Md Jidin semalam telah merungkaikan teka teki berkenaan tarikh sekolah dibuka.

Bagaimanapun katanya, pihaknya mendapati terdapat beberapa kelompangan yang menyebabkan guru-guru tertanya-tanya beberapa perkara.

“Hal ini kerana menteri masih tidak menyebut tentang kaedah operasi dalam aspek pengajaran dan pembelajaran yang merupakan inti kepada operasi sekolah,” katanya.

Artikel Berkaitan: