Kanak-kanak 11 tahun mati lemas

Jabatan Bomba dan Penyelamat Peramu menjalankan operasi mencari mangsa dan menemui terapung dalam tali air berbentuk kolam dilokasi kejadian. -Foto Jabatan Bomba dan Penyelamat Pahang.
Jabatan Bomba dan Penyelamat Peramu menjalankan operasi mencari mangsa dan menemui terapung dalam tali air berbentuk kolam dilokasi kejadian. -Foto Jabatan Bomba dan Penyelamat Pahang.
A
A
A

PEKAN - Mayat seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun ditemukan terapung di tali air berhampiran Sekolah Rendah Kebangsaan Indera Shahbandar, Kuala Pahang, pada jam 8.30 malam tadi dipercayai dia meninggal dunia akibat lemas.

Ketua Polis Daerah Pekan, Superintendan Mohd Razali Mohd Yusof berkata, Muhammad Imanudin Mohd Jasmanizam dipercayai ke lokasi kejadian bersama tiga rakannya untuk mandi.

Menurutnya, pada jam 7.30 malam, ahli keluarga mendapati mangsa tidak pulang ke rumah dan kerja mencari mangsa telah dilakukan bersama penduduk kampung.

"Kerja mencari mangsa dilakukan di lokasi kejadian telah menemui sepasang baju dan selipar milik mangsa. Mayat mangsa kemudian ditemui terapung dalam takungan air berbentuk kolam di lokasi kejadian,"katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan bedah siasat dijalankan di Hospital Pekan.

Sebelum itu, Mohd Razali berkata, hasil temubual terhadap abang mangsa, Mohamad Shahrul Nizam, 21, memaklumkan mangsa telah keluar rumah kira-kira jam 12 tengah hari.

Menurutnya, bagaimanapun mangsa tidak pulang ke rumah seperti biasa dan gerakan mencarinya dibantu oleh penduduk kampung.

Artikel Berkaitan: