Lima sekeluarga nyaris maut, kereta langgar lembu melintas

Kenderaan yang terbakar musnah 90 peratus dalam kejadian di Jalan Kulim-Baling-Gerik di sini malam tadi. - Foto ihsan JBPM Kedah
Kenderaan yang terbakar musnah 90 peratus dalam kejadian di Jalan Kulim-Baling-Gerik di sini malam tadi. - Foto ihsan JBPM Kedah
A
A
A

BALING - [DIKEMASKINI] Lima sekeluarga nyaris maut apabila kereta dinaiki terbakar selepas terbabas dipercayai terlanggar seekor lembu di Jalan Kulim-Baling-Gerik, di sini malam tadi.

Ketua Polis Daerah Baling, Superintendan Syed Basri Syed Ali berkata, sebuah kereta jenis Honda BRV dipandu lelaki berusia 35 tahun dari arah Gerik, Perak menghala ke Kulim telah melanggar dua ekor lembu yang sedang melintas jalan, sekitar 8.15 malam.

Menurutnya, sebuah lagi kereta jenis Proton Persona yang turut berada di situ terlanggar lembu berkenaan sebelum terbabas, menyebabkan kenderaan dinaiki seorang ibu dan empat anaknya terbakar di bahu jalan.

"Kesemua mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Api sedang marak pada salah sebuah kereta yang terbabas selepas terlanggar seekor lembu. - Foto ihsan JBPM Kedah
Api sedang marak pada salah sebuah kereta yang terbabas selepas terlanggar seekor lembu. - Foto ihsan JBPM Kedah

Sementara itu, Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Penguasa Kanan Bomba I Mohamadul Ehsan Mohd Zain berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 8.24 malam.

“Kesemua mangsa berusia tiga hingga 40 tahun itu berjaya diselamatkan pengguna jalan raya yang melalui kawasan itu, kebakaran berjaya dipadamkan oleh pasukan bomba sukarela yang tiba di lokasi,” kata beliau.

Menurutnya, kenderaan tersebut musnah hampir 90 peratus.

Artikel Berkaitan:

Anggota bomba memeriksa lokasi kejadian selepas api berjaya dipadamkan. - Foto ihsan JBPM Kedah
Anggota bomba memeriksa lokasi kejadian selepas api berjaya dipadamkan. - Foto ihsan JBPM Kedah