Empat tentera terbunuh, helikopter terhempas di Indonesia

Gambar hiasan - Foto 123RF
Gambar hiasan - Foto 123RF
A
A
A

JAKARTA - Empat anggota tentera Indonesia (TNI) terbunuh selepas helikopter MI-17 milik TNI terhempas di Kaliwungu, Kecamatan Kendal di Jawa Tengah.

Dalam kejadian 1.40 petang tadi itu, helikopter berkenaan dinaiki sembilan anggota TNI dalam misi latihan penerbangan.

“Lima lagi cedera dalam kejadian itu,” kata Ketua Penerangan TNI, Brig Jeneral Nefra Firdaus dalam satu kenyataan hari ini.

Punca kejadian nahas helikopter buatan Russia itu, masih dalam siasatan.-Bernama

Artikel Berkaitan: