Ketegasan PM tidak jejas kedatangan pelancong

Datuk Mohammadin Ketapi (depan, kanan) ketika dalam salah satu program di Sipitang hari ini.
Datuk Mohammadin Ketapi (depan, kanan) ketika dalam salah satu program di Sipitang hari ini.
A
A
A

SIPITANG - Ketegasan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung isu yang melibatkan Israel tidak menjejas kedatangan pelancong asing ke negara ini.

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Mohammadin Ketapi berkata, pendirian negara adalah jelas sebelum ini namun tidak mengurangkan jumlah pelancong termasuk mereka dari negara yang mempunyai hubungan diplomatik dengan Israel.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung Dwi Tahunan Persatuan Kadayan Sabah (PAADIAN) di Dewan Serbaguna, Sipitang di sini hari ini.

Pada 10 Januari lepas, Dr Mahathir berkata kerajaan kekal dengan pendirian untuk tidak membenarkan atlet Israel bertanding pada Kejohanan Renang Para Dunia 2019 di Kuching Julai depan, dan sekiranya mereka berdegil mahu menyertainya ia adalah satu kesalahan.

Sebelum ini, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang juga menyatakan sokongannya terhadap pendirian kerajaan itu yang dianggapnya tepat dan selaras dengan dasar luar Malaysia yang tidak mempunyai hubungan diplomatik dengan Israel. - Bernama

Artikel Berkaitan: