Lagi pemandu mabuk ditahan

Operasi Op Mabuk di sekitar ibu negara, malam tadi.
Operasi Op Mabuk di sekitar ibu negara, malam tadi.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Polis menahan 11 individu selepas didapati memandu di bawah pengaruh alkohol menerusi Op Mabuk di empat lokasi sekatan jalan raya sekitar ibu kota malam tadi.

Operasi bermula kira-kira jam 9 malam itu dijalankan sepasukan pegawai dan anggota Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur di Jalan Klang Lama, Jalan Kepong, Kilometer 1.1 Lebuhraya Sprint dan Jalan Hang Tuah.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim berkata, sebanyak 293 kenderaan dan 318 individu diperiksa dalam operasi yang tamat pada jam 12 tengah malam.

"Ujian saringan mendapati 11 lelaki berusia 30 hingga 50 tahun memandu dalam keadaan mabuk apabila bacaan melebihi had dibenarkan.

“Semua yang ditahan kemudian dibawa ke Balai Polis Trafik Jalan Bandar untuk ujian saringan kali kedua sebelum tindakan lanjut diambil," katanya ketika ditemui pemberita semasa operasi Op Mabuk di Jalan Hang Tuah, malam tadi.

Polis Kuala Lumpur melaksanakan operasi Op Mabuk di sekitar ibu negara, malam tadi.
Polis Kuala Lumpur melaksanakan operasi Op Mabuk di sekitar ibu negara, malam tadi.

Turut hadir, Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur Asisten Komisioner Zulkefly Yahya dan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Kuala Lumpur Asisten Komisioner Adnan Azizon.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 45A (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Artikel Berkaitan:

Selain itu, tambah Mazlan, operasi sedemikian akan dilaksanakan secara berterusan bagi memastikan mereka yang mengambil minuman keras tidak memandu dalam keadaan mabuk.