Terbabas rempuh pokok elak anjing liar melintas

Anggota bomba mengeluarkan seorang lelaki yang terperangkap di tempat duduk selepas kereta dipandunya terbabas akibat cuba mengelak seekor anjing liar yang melintas di Jalan Seelong Senai, Kulai malam tadi.
Anggota bomba mengeluarkan seorang lelaki yang terperangkap di tempat duduk selepas kereta dipandunya terbabas akibat cuba mengelak seekor anjing liar yang melintas di Jalan Seelong Senai, Kulai malam tadi.
A
A
A

KULAI - Seorang lelaki cedera selepas kereta dipandunya terbabas akibat cuba mengelak seekor anjing liar yang melintas di Jalan Seelong Senai di sini malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 11 malam itu, mangsa, Muhd Suhaimi Ariffin, 26, dikatakan tidak menyedari kehadiran anjing tersebut kerana keadaan di kawasan tersebut gelap.

Disebabkan terkejut dan mengelak daripada melanggar anjing berkenaan, mangsa terbabas sebelum melanggar sebatang pokok di tepi jalan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bandar Baru Kulai, Penolong Penguasa Bomba Mohd Fauzi Awang berkata, seramai 11 anggota bergegas ke tempat kejadian dibantu satu jentera Fire Rescue Team (FRT) dan satu Utiliti Toyota Hilux.

"Mangsa cedera di bahagian dada akibat kesan hentakan beg udara kenderaan tersebut. Mangsa yang cedera di tempat duduk pemandu dikeluarkan dan diserahkan kepada ambulans sebelum dihantar ke Hospital Kulai.

"Kereta jenis Perodua Axia dipandu mangsa remuk teruk pada bahagian hadapan. Operasi ditamatkan pada jam 11.52 malam," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Artikel Berkaitan: