Keluarga Sarjan Safwan mahu pesalah dihukum mati

Safwan maut dilanggar kenderaan pacuan empat roda sewaktu bertugas pada Op Covid-19 di Kajang, Selangor.
Safwan maut dilanggar kenderaan pacuan empat roda sewaktu bertugas pada Op Covid-19 di Kajang, Selangor.
A
A
A

IPOH - Ahli keluarga Sarjan Safwan Muhammad Ismail yang maut akibat dirempuh pemandu mabuk pada 3 Mei lalu mahu hukuman mati mandatori dikenakan terhadap mereka yang didapati bersalah memandu di bawah pengaruh alkohol.

Kakak sulung Allahyarham, Suraya Muhammad Ismail, 32, berkata, kerajaan memang seharusnya meminda undang-undang sedia ada agar hukuman lebih berat dan setimpal dikenakan ke atas mereka yang memandu di bawah pengaruh alkohol hingga menyebabkan kematian.

Allahyarham Safwan meninggal dunia selepas dilanggar pemandu mabuk pada 3 Mei lalu.
Allahyarham Safwan meninggal dunia selepas dilanggar pemandu mabuk pada 3 Mei lalu.

“Saya memohon kepada pihak kerajaan agar meminda akta untuk pemandu mabuk yang mengakibatkan kematian dan pelakunya diadili sewajarnya.

“Tertuduh hendaklah dikenakan hukuman mati mandatori kerana menyebabkan kehilangan nyawa berdasarkan hasil bukti dan bedah siasat,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian di sini semalam.

Suraya berkata, keluarganya masih berasa sedih kerana kehilangan adiknya itu akibat kecuaian tidak dijadikan iktibar kepada pemandu lain.

Dalam kejadian kira-kira jam 2 pagi itu, Safwan, 31, yang bertugas dalam sekatan jalan raya Op Covid-19 di Kajang, Selangor meninggal dunia di lokasi akibat cedera parah di kepala dan badan selepas dihempap kenderaan pacuan empat roda Toyota Hilux yang dipandu seorang lelaki disyaki di bawah pengaruh alkohol.

Artikel Berkaitan: