TNB tidak kenakan caj berlebihan semasa PKP: Menteri

 Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah- Foto Bernama
Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah- Foto Bernama
A
A
A

PUTRAJAYA - Tenaga Nasional Bhd (TNB) tidak mengenakan caj berlebihan kepada pengguna bagi pengiraan bil anggaran semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berikutan pemberhentian semua aktiviti bacaan meter mulai 20 Mac hingga 14 Mei.

Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah berkata, pihak TNB ketika mengadakan pertemuan dengannya semalam menjelaskan mengenai kaedah pengiraan bil elektrik yang diguna pakai sepanjang tempoh tersebut.

Menurutnya, mekanisme pengebilan itu juga telah disemak dan dipersetujui oleh Suruhanjaya Tenaga (ST).

"TNB memaklumkan sekiranya terdapat lebihan bayaran, ia akan dikredit atau dipulangkan kepada pengguna.

"Tiada sebarang aktiviti pemotongan bekalan elektrik akan dilakukan sehingga 31 Julai 2020 sekiranya pengguna elektrik lewat membayar bil elektrik mereka," katanya dalam satu kenyataan hari ini. - Bernama

Artikel Berkaitan: