ADUN DAP lapor polis dakwa difitnah

 Syerleena Abdul Rashid
Syerleena Abdul Rashid
A
A
A

GEORGETOWN - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Delima daripada DAP, Syerleena Abdul Rashid membuat laporan polis terhadap seorang pengguna Facebook berhubung kiriman berunsur fitnah terhadap parti itu di laman sosial itu pada Selasa lalu.

Beliau mendakwa pengguna itu telah membuat hantaran berunsur serangan dan palsu serta melampirkan pautan tersebut ke laman web DAP Malaysia.

“Ini tidak masuk akal terutama sekarang (Malaysia) menangani koronavirus (Covid-19) sementara kita mempunyai pasukan siber yang cuba menimbulkan ketegangan politik dan kaum,” katanya kepada pemberita selepas membuat laporan di Balai Polis Jalan Patani di sini semalam. - Bernama

Artikel Berkaitan: