MITI sasar tarik syarikat Jepun melabur di Malaysia

Mohamed Azmin (dua kiri) membuat kunjungan hormat bertemu Muhammad Sanusi (dua kanan) di Wisma Darul Aman hari ini.
Mohamed Azmin (dua kiri) membuat kunjungan hormat bertemu Muhammad Sanusi (dua kanan) di Wisma Darul Aman hari ini.
A
A
A

ALOR SETAR - Pengumuman kerajaan Jepun untuk membawa keluar operasi syarikat negara itu dari China susulan pendamik Covid-19 memberi peluang kepada Malaysia untuk menggalakkan mereka melabur di Malaysia.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) berkata, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, mereka sedang mengenal pasti syarikat Jepun yang berhasrat memindahkan operasi untuk dijemput melabur.

“MITI akan berusaha meyakinkan pelabur daripada Jepun untuk menggunakan Malaysia sebagai destinasi pelaburan baharu dan juga sebagai hub untuk menembusi pasaran di peringkat ASEAN.

"Negara ASEAN ada 650 juta populasi dan saya percaya jika Malaysia berjaya menyediakan prasarana dan infastruktur yang baik serta tenaga kerja berkemahiran tinggi selain politik kita yang stabil, kita boleh menjadikan Malaysia sebagai destinasi perlaburan baru bagi syarikat -syarikat MNCS yang kini sedang mencari tempat baharu untuk pelaburan mereka.

"Malaysia perlu bersedia menyahut cabaran baharu untuk menjadi lebih kompetitif dalam kalangan negara di rantau ini," katanya pada sidang akhbar selepas mengadakan kunjungan rasmi bertemu Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Noor di Wisma Darul Aman hari ini.

Mohamed Azmin berkata, negara kini memberi tumpuan dan membuka ruang kepada anak-anak tempatan untuk bekerja berbanding warga asing.

Ulasnya, industri yang disasarkan ialah berkaitan berteknologi tinggi dan belia di negara ini perlu segera menguasai bidang tersebut untuk menjana pendapatan yang baik.

"Semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), belia perlu segera menerima norma baharu untuk bekerja dari rumah dan mereka perlu menggunakan keupayaan teknologi sedia ada.

Artikel Berkaitan:

"Kerajaan menerusi kerjasama MITI, Kementerian Kewangan dan beberapa kementerian lain juga sedang meneliti dan mengkaji semula dasar ekonomi baru untuk diperkenal pada masa depan bagi merancakkan ekonomi dosmetik yang tidak menentu akibat covid-19,"katanya.

Terdahulu media melaporkan Jepun memperuntukkan sebanyak AS$2.2 bilion daripada pakej ekonomi negara itu bagi membantu pengilangnya memindahkan pengeluaran mereka dari China selepas pandemik Covid-19 menggugat rantaian bekalan dua rakan kongsi perdagangan itu.