Isteri arwah Irwan terima faedah Perkeso

Dari kanan: Tarmizi dan Abd Rahim ketika penyerahan replika cek Faedah Pengurusan Jenazah kepada keluarga Zeti Haryanti (kiri)
Dari kanan: Tarmizi dan Abd Rahim ketika penyerahan replika cek Faedah Pengurusan Jenazah kepada keluarga Zeti Haryanti (kiri)
A
A
A

KUANTAN - Isteri mangsa yang maut dilanggar pemandu dipercayai mabuk dalam kejadian Isnin lalu menerima Faedah Pengurusan Jenazah dan Faedah Orang Tanggungan Pertubuhan Keselamatan Sosial Pekerja (Perkeso) Pahang, hari ini

Dalam kejadian pada jam 9.20 malam kelmarin, suami Zeti Haryanti, Irwan Herman Kamarudin, 41, maut selepas kereta yang dipandunya dirempuh kereta lain yang dipandu seorang peraih ikan secara melawan arus dipercayai dalam keadaan mabuk.

Pengarah Perkeso Pahang, Tarmizi Mokhtar berkata, Zeti Haryanti Hassan, 42, layak menerima Faedah Pengurusan Jenazah berjumlah RM2,000 dan Faedah Orang Tanggungan berjumlah 90 peratus daripada gaji terakhir arwah suaminya.

Beliau berkata, bayaran akan dimasukkan ke akaun Zeti Haryanti serta dua anak Allahyarham, Puteri Nur Qistina Irwan Herman, 14 dan Amanda Nur Fitrisya, 8.

"Bagi Faedah Orang Tanggungan, Zeti Haryanti layak menerimanya seumur hidup manakala bagi anak-anak sehingga berusia 21 tahun. Alhamdulillah kita juga mendapat kerjasama yang baik dan respons pantas daripada Alam Flora dan balu arwah untuk menyediakan dokumentasi dan urusan lebih pantas," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media pada acara penyerahan replika cek faedah Perkeso di Rasau Perdana, di sini hari ini.

Hadir sama Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nsgeri Pahang, Abd Rahim Muda dan Pengarah Perbadanan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) Pahang Shaharudin Ab Hamid

Sementara itu, Zeti Haryanti bersyukur dengan tindakan pantassemua pihak bagi membantu meringankan beban dan kesedihannya.

Artikel Berkaitan:

"Terima kasih kepada semua yang hadir sampaikan sumbangan hari ini terutama Perkeso dan Exco Kerajaan (Abd Rahim).

"Bantuan dan faedah yang dihulurkan akan saya guna sebaiknya untuk masa depan anak-anak dan keluarga," katanya.