X

Kindly register in order to view this article
!

Lelaki berbasikal 'disapu' penunggang motosikal

Paparan rakaman video tular.
A
A

KAOHSIUNG - Sebuah video rakaman dari kamera dashboard atau dashcam kenderaan mengenai pertembungan antara penunggang motosikal dan basikal mencuit hati netizen setelah tular di laman sosial.

Video berdurasi 11 saat itu dimuat naik di Facebook Wan Li Duo menunjukkan keadaan jalan raya ketika itu gerimis dan jalan agak licin.

Bagaimanapun semasa sebuah kereta melalui persimpangan membelok ke arah kiri secara tiba-tiba seorang lelaki menaiki basikal datang dari arah kiri untuk menyeberangi lintasan zebra.

Pada masa sama, penunggang motosikal dari arah kanan melalui jalan berkenaan dan berlaku pertembungan antara mereka.

Namun apa yang lucunya, lelaki menaiki basikal terjatuh dan segera 'disapu' motosikal sekali gus menjadi pembonceng.

Penunggang motosikal yang tidak perasan lelaki berada di belakangnya meneruskan perjalanan.

Video tersebut telah ditonton lebih daripada 857,000 tontonan dengan lebih dari 13,000 komen.

Netizen yang menonton video berkenaan tidak dapat menahan ketawa setelah melihat lelaki itu 'disapu' penunggang motosikal itu.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!