Tentera, polis pantau senario normal baharu di Indonesia

Tentera Indonesia mengawasi para penumpang yang bersedia menaiki feri di pelabuhan Ulee Lheu di Banda Aceh untuk memastikan mereka memakai topeng muka. - Foto AFP
Tentera Indonesia mengawasi para penumpang yang bersedia menaiki feri di pelabuhan Ulee Lheu di Banda Aceh untuk memastikan mereka memakai topeng muka. - Foto AFP
A
A
A

JAKARTA - Tentera dan polis Indonesia akan diaktifkan untuk menguatkuasakan langkah penjarakkan sosial di bawah senario normal baharu selepas sekatan Covid-19 dilonggarkan.

Pengumuman itu dibuat Presiden Joko Widodo atau Jokowi selepas beliau mengadakan lawatan ke sebuah farmasi dan medan selera di sebuah pusat beli-belah di bandar Bekasi di pinggir Jakarta.

“Kami mahu pasukan keselamatan ditempatkan di lokasi awam untuk mendisiplinkan orang ramai dan mematuhi protokol yang dipersetujui di bawah langkah Pembatasan Sosial Berskala Besar (PSBB).

“Kami mahu kekal produktif, namun selamat daripada ancaman Covid-19,” ujarnya yang turut merujuk kepada perintah lockdown separa yang dikuatkuasakan di Bekasi dan empat daripada 34 wilayah di seluruh negara.

Menurutnya, ratusan ribu anggota keselamatan dari seluruh negara akan mula dikerah ke empat wilayah dan 25 bandar yang telah melaksanakan PSBB bermula hari ini.

Pasukan tentera dan polis itu akan memastikan orang ramai memakai topeng muka, melaksanakan penjarakkan sosial dan menghindari tempat yang sesak. - Agensi

Artikel Berkaitan: