X

Kindly register in order to view this article
!

Cerpelai sah jangkiti dua individu di Belanda

Pengarah Institut untuk Kesihatan (RIVM), Jaap van Dissel mendakwa penyebaran daripada cerpelai kepada manusia secara praktikalnya adalah unik memandangkan beberapa kucing dan haiwan lain dijangkiti daripada manusia.
A
A

AMSTERDAM - Cerpelai yang positif koronavirus (Covid-19) telah menjangkiti dua individu di Belanda dan berkemungkinan menjadi kes pertama penyebaran seperti itu di negara berkenaan.

Semalam, pihak berkuasa kesihatan memaklumkan cerpelai yang membawa virus itu ditemui di empat daripada 155 ladang pembiakan haiwan tersebut.

Menteri Pertanian, Carola Schouten menerusi surat kepada Parlimen berkata, risiko penyebaran haiwan kepada manusia di luar ladang cerpelai itu telah 'diabaikan'.

ARTIKEL BERKAITAN: Cerpelai sebar Covid-19 di Belanda

Laporan menunjukkan sumber jangkitan di tiga daripada empat ladang terjejas berpunca daripada manusia yang didiagnos positif virus itu.

Sementara itu, Pengarah Institut untuk Kesihatan (RIVM), Jaap van Dissel mendakwa penyebaran daripada cerpelai kepada manusia secara praktikalnya adalah unik memandangkan beberapa kucing dan haiwan lain dijangkiti daripada manusia.

Sebuah ladang cerpelai di Beek en Donk, timur Belanda ditutup selepas keputusan ujian menunjukkan beberapa haiwan itu dijangkiti Covid-19. - Foto AFP
Sebuah ladang cerpelai di Beek en Donk, timur Belanda ditutup selepas keputusan ujian menunjukkan beberapa haiwan itu dijangkiti Covid-19. - Foto AFP

"Ini adalah dua kes pertama yang berkemungkinan melibatkan penyebaran daripada haiwan kepada manusia. Sebelum ini, sumber jangkitan di China juga dipercayai berasal daripada haiwan," ujarnya.

Belanda sebelum ini berkata, negara itu akan mula memeriksa kesemua ladang cerpelai selepas seorang individu dipercayai dijangkiti Covid-19 daripada haiwan tersebut.

Pada 2013, undang-undang melarang pembukaan ladang cerpelai di Belanda telah diluluskan dan baki premis terbabit dijangka menamatkan operasi pada 2023. - Agensi


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus