Pemandu rempuh orang ramai di bazar Ramadan?

Status bergambar dimuat naik seorang pengguna di Facebook Bukit Sentosa/Beruntung Resident.
Status bergambar dimuat naik seorang pengguna di Facebook Bukit Sentosa/Beruntung Resident.
A
A
A

SHAH ALAM - Seorang pemandu yang didapati memandu secara melulu sehingga merempuh dan mencederakan orang ramai yang sedang membeli juadah berbuka puasa di tapak bazar Ramadan Bukit Sentosa, Rawang petang tadi.

Lelaki yang dipercayai memandu sebuah kenderaan pacuan empat roda jenis Toyota Hilux berwarna hitam dan melanggar beberapa orang lelaki yang cuba menghentikan kenderaan tersebut.

Perlakuan pemandu kenderaan itu dapat dilihat menerusi dua video berdurasi 44 minit dan 1 minit 9 saat yang tular di media sosial Facebook dan aplikasi WhatsApp.

Menurut satu status di Facebook, pemandu kenderaan itu kini ditahan di Balai Polis Bukit Sentosa.

"Pelaku seorang yang dikenali di kawasan kita pemilik satu perniagaan. Motif masih dalam siasatan polis.

"Jangan buat sebarang andaian dahulu biar pihak polis siasat, sudah terbukti nanti tentera bawang boleh buat kerja, buat masa ini sesiapa yang ada rakaman, gambar kejadian mohon 'share' dalam ini bagi membantu siasatan," katanya.

Sinar Harian sedang mendapatkan pengesahan daripada pihak berkuasa berhubung kejadian tersebut.

Artikel Berkaitan: