Sila log masuk terlebih dahulu.

Bazar terpanjang di Kedah menawarkan pelbagai juadah berbuka

11 April 2023 | Berita Semasa Video
A
A
A

Bazar Ramadan Taman Ria antara terbesar di Sungai Petani menawarkan pelbagai juadah berbuka puasa mempunyai lebih 200 tapak jualan dan disertai hampir 200 peniaga, lapor wartawan Sinar Harian, Siti Zubaidah Zakaraya.

Didirikan sepanjang kira-kira 500 meter, Bazar itu juga dikatakan antara terpanjang di Kedah.

Tidak hanya menyediakan juadah popular masyarakat utara, malah bazar Ramadan yang menjadi tumpuan penduduk Sungai Petani itu turut menawarkan pelbagai menu tradisional pantai timur, selatan malah masakan barat dan menu Thailand ada dijual

Muzik: Elevate dari www.bensound.com