Covid-19: Pahang kumpul data pengunjung premis melalui MoveOn

Wan Rosdy Wan Ismail
Wan Rosdy Wan Ismail
A
A
A

KUANTAN - Kerajaan Pahang mewujudkan sistem bagi merekodkan data pengunjung ke premis atau kedai yang berdaftar di negeri ini melalui aplikasi PahangGo.

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, sistem data dinamakan MoveOn itu diwujudkan untuk mengambil data pengunjung dengan lebih tepat dan mudah bagi mengekang penularan wabak koronavirus (Covid-19) dan pengunjung tidak perlu lagi mengisi maklumat peribadi secara manual sebaliknya hanya menggunakan telefon pintar.

"Pengunjung hanya perlu imbas kod QR bagi mengesahkan kehadiran mereka ke premis atau kedai yang berdaftar. Pengusaha premis perniagaan cuma perlu dapatkan kod QR dan paparkan di premis perniagaan masing-masing," katanya melalui satu kenyataan yang dimuat naik di Facebook rasmi beliau.

Wan Rosdy berkata, pemilik premis perniagaan boleh mendaftar untuk dapatkan kod QR itu di www.moveon.my

"Orang ramai disaran menggunakan kemudahan yang disediakan itu dengan memuat turun aplikasi PahangGo," katanya.

Artikel Berkaitan: