Dibelasah kerana disangka meragut

No Image Caption
A
A
A

DUNGUN - Gara-gara meminta duit daripada seorang wanita, pemuda berusia 34 tahun cedera dibelasah orang awam dalam kejadian di kampung Bijangga, di sini, semalam.

Perbuatan lelaki tersebut disangka cuba meragut wanita berusia 40 tahun di kawasan perumahan flat Bijangga menyebabkan orang awam berang.

Suspek bertindak melarikan diri dengan terjun ke dalam sungai tetapi dikejar dan dibelasah beramai-ramai.

Suspek mengalami kecederaan ringan di muka dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Dungun untuk siasatan serta tindakan lanjut.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Baharudin Abdullah ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut.

"Hasil saringan air kencing mendapati suspek positif dadah.

"Semakan rekod lampau turut mendapati suspek pernah dikenakan hukuman atas kesalahan pecah rumah, menyimpan dan melupus barang curi serta kesalahan berkaitan dadah.

"Orang awam dinasihatkan tidak bertindak sesuka hati terhadap penjenayah dan menyerahkan kepada pihak polis untuk mengambil tindakan," katanya.

Artikel Berkaitan: