X

Kindly register in order to view this article
!

Polis tidak akan benarkan lagi pergerakan rentas negeri

Anggota polis dan tentera mengadakan sekatan jalan raya bagi mengawal kenderaan yang cuba merentas sempadan negeri tanpa kebenaran. - Foto Bernama
A
A

PUTRAJAYA - [DIKEMAS KINI] Majlis Keselamatan Negara (MKN) memutuskan bahawa pergerakan rentas negeri tidak dibenarkan sama sekali.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, buat masa sekarang ini, orang ramai tidak perlu lagi beratur panjang bagi mendapatkan kebenaran daripada polis kerana pasukan keselamatan itu tidak akan membenarkan dan tiada lagi ruang rentas negeri.

"Daripada laporan polis hari ini di Kuantan, seramai 1,300 orang beratur di Ibu Pejabat Daerah (IPD) Kuantan untuk memohon pulang ke kampung merentas negeri.

"Saya ingin tegaskan pada Mesyurat Khas MKN hari ini, pergerakan rentas negeri tidak dibenarkan sama sekali. Tak perlu lagi beratur panjang untuk dapatkan kebenaran daripada polis kerana mereka tidak akan benarkan," katanya pada sidang akhbar (Non-Health) selepas Mesyuarat Khas Menteri-menteri Mengenai Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan hari ini.

Beliau turut menegaskan, individu yang cuba merentas negeri bukan sahaja diarahkan berpatah balik tetapi dikompaun di lokasi sekatan.

"Mulai hari ini, kita telah bersetuju bukan sahaja arahkan berpatah balik tetapi dikompaun di lokasi sekatan. Kita mahu rakyat sedar bahawa kerajaan benar-benar serius tidak benarkan rentas negeri.

"Kita semua sedia maklum menerusi laporan media di mana seorang wanita pulang ke kampung di Kuala Krai merentas negeri didapati postif. Kita tidak ada kompromi dalam perkara ini," katanya.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!