Jangan hentikan bantuan air percuma, SMUE

Ahmad Mustain memuat naik status di Facebook beliau hari ini.
Ahmad Mustain memuat naik status di Facebook beliau hari ini.
A
A
A

SABAK BERNAM - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabak, Ahmad Mustain Othman meminta kerajaan negeri mempertimbang semula program Insentif Peduli Rakyat (IPR) supaya skim bantuan itu dinikmati seluruh rakyat di negeri ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabak, Ahmad Mustain Othman berkata, bantuan air percuma dan Skim Mesra Usia Emas (SMUE) yang juga salah satu bentuk bantuan melalui insentif tersebut sebelum ini perlu diteruskan.

Menurutnya, pengundi memberi kepercayaan kepada Pakatan Harapan di Selangor kerana teruja dengan manfaat yang bakal diperoleh melalui IPR yang dilaksanakan sebelum ini.

"Saya memohon (kerajaan negeri) memberikan air percuma dan SMUE seperti sebelum Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14)," katanya yang memuat naik status di Facebook beliau hari ini.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari sebelum ini mengumumkan pemberian air percuma di Selangor ditambah daripada 20 meter padu kepada 25 meter padu sebulan ketika membentang Belanjawan Selangor 2019, November tahun lalu.

Bagaimanapun, skim pemberian air percuma itu hanya kepada golongan sasar yang berada dalam kalangan B40 iaitu mereka yang berdaftar dan mempunyai data dengan program e-Kasih.

Sebelum ini, pemberian air percuma dinikmati semua peringkat bagaimanapun selepas penjenamaan semula, Skim Air Darul Ehsan, pemberian air percuma hanya diberikan kepada isi rumah berpendapatan RM4,000 ke bawah.

Selain itu, kerajaan Selangor turut menamatkan pemberian SMUE berjumlah RM2,500 kepada setiap warga emas bermula Mei tahun lalu.

Artikel Berkaitan:

Keputusan itu susulan pelaksanaan pelarasan SMUE yang memperuntukkan RM100 setiap tahun kepada golongan berkenaan menerusi program Jom ‘Shopping’ Warga Emas.