'Sebelum dan selepas saya berkahwin dengan doktor gigi'

Gambar sebelum dan selepas Jaqueline. - Foto Mirror
Gambar sebelum dan selepas Jaqueline. - Foto Mirror
A
A
A

SEORANG wanita yang dahulunya memiliki gigi jongang dan tidak rata tular di aplikasi TikTok selepas berkongsi wajah yang cantik.

Jaqueline Alarcao menarik perhatian apabila memuat naik perubahan wajah yang diidam wanita lain dan TikTok itu ditonton 15 juta tontonan, lapor Mirror.

Video ditulis dengan kapsyen, "Sebelum dan selepas saya berkahwin dengan doktor gigi."

Memiliki pengikut 151,000 di TikTok dan 15,000 pengikut di Instagram, Jaqueline kini mampu tersenyum menayangkan gigi yang cantik.

Selepas melihat gambar berkenaan, netizen teruja dan pada masa sama bertanya proses membetulkan giginya sama ada mengambil masa atau sebaliknya.

Artikel Berkaitan: