Individu rentas negeri wajib buat saringan

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

SHAH ALAM - Individu diberikan kebenaran untuk merentas negeri dalam perjalanan Gerak Malaysia wajib membuat saringan koronavirus (Covid-19) sebelum dan sebaik tiba di destinasi, malah di setiap sempadan negeri yang dilalui.

Pakar Psikologi Universiti Malaya (UM), Profesor Madya Dr Mariani Md Nor berkata, langkah itu perlu diambil bagi memastikan tiada penularan pandemik Covid-19 sehingga mewujudkan kluster baharu.

"Kalau kita tengok sekarang ini kerajaan kita melarang untuk sesiapa rentas negeri. Sebab sekarang ini ada situasi kadang kadang ada individu simptomnya tidak nampak, tetapi mempunyai virus Covid-19.

"Sebab itu langkah langkah berjaga jaga perlu diambil kecuali keadaan terdesak, ada kes kematian misalnya, sakit teruk atau nazak barulah boleh balik dan mereka perlu disaring," katanya kepada Sinar Harian.

Dr Mariani berkata, bukan sahaja sebelum dan setelah tiba di destinasi malah saringan wajar dibuat termasuk setiap kali mereka merentas negeri yang berlainan sebelum tiba ke destinasi yang dituju.

Dr Mariani
Dr Mariani

"Jadi memang perlu buat saringan. Tapi bayangkan kalau kita dari Kuala Lumpur hendak ke Perlis, berapa negeri yang kita perlu rentas dan berapa kali kita perlu buat saingan jika setiap negeri perlu berbuat demikian.

"Jadi diri sendiri kena bertanggungjawab. Bagi saya, lebaran ini biarlah kita berjauhan menunjukkan kita sayang berbanding sebelum pandemik ini bahawa kalau berjauhan itu orang kata kita tidak suka," katanya.

Artikel Berkaitan:

Beliau turut menyarankan agar individu yang dibenarkan merentas negeri memeriksa sendiri tahap kesihatan mereka dan sekiranya mengalami apa-apa simptom mereka wajar untuk membatalkan hasrat itu.

"Maksudnya kita sendiri tahu tahap kesihatan kita, kalau kita demam sekalipun kita dilarang bergerak keluar, tapi kalau ada orang tahu dia demam hendak juga pergi ke mana-mana bagi saya itu tidak masuk akal," katanya.