LZS sumbang 2,000 set PPE

Lembaga Zakat Selangor (LZS) menyerahkan 2,000 set kelengkapan PPE kepada Jabatan Kesihatan Negeri Selangor hari ini.
Lembaga Zakat Selangor (LZS) menyerahkan 2,000 set kelengkapan PPE kepada Jabatan Kesihatan Negeri Selangor hari ini.
A
A
A

SHAH ALAM - Lembaga Zakat Selangor (LZS) menyerahkan sebanyak 2,000 set kelengkapan peralatan perlindungan diri (PPE) kepada Jabatan Kesihatan Negeri Selangor, hari ini.

Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Datuk Mohamed Khusrin Munawi berkata, sut kelengkapan PPE yang disumbangkan ini terdiri daripada perisai muka, sarung tangan, pakaian khas dan sarung penutup kasut.

"Kita terpanggil untuk membantu petugas kesihatan yang merupakan petugas barisan hadapan bagi memastikan bekalan PPE ini mencukupi.

"Set kelengkapan PPE ini telah dihasilkan dengan kerjasama kakitangan dan pelajar Management and Science University (MSU) bagi membantu petugas barisan hadapan meneruskan tugas menangani koronavirus (Covid-19)," katanya.

Mohamed Khusrin Munawi
Mohamed Khusrin Munawi

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas majlis penyerahan sumbangan 2,000 set kelengkapan PPE di Pejabat Jabatan Kesihatan Negeri Selangor hari ini.

Menurutnya, sumbangan PPE ini adalah sebahagian daripada bantuan khas Covid-19 yang diumumkan Mac lepas.

"Sumbangan ini secara langsung bagi memenuhi keperluan kebajikan dan perubatan susulan Perintah Kawalan Pergerakan akibat penularan wabak Covid-19.

Artikel Berkaitan:

"Melalui bantuan khas Covid-19, LZS telah menyalurkan sumbangan tiga buah mesin ventilator dan kelengkapan perubatan lain kepada hospital dan institut perubatan sekitar Selangor," katanya.

Turut hadir sama pada majlis ini adalah Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Selangor, Datuk Dr Sha'ari Ngadiman dan Ketua Pegawai Eksekutif LZS, Saipolyazan M Yusop.

Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Datuk Mohamed Khusrin Munawi menyampaikan sumbangan sut kelengkapan PPE kepada Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Selangor Datuk Dr. Sha'ari Ngadiman.
Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Datuk Mohamed Khusrin Munawi menyampaikan sumbangan sut kelengkapan PPE kepada Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Selangor Datuk Dr. Sha'ari Ngadiman.