X

Kindly register in order to view this article
!

Lelaki cedera tertimbus tanah ketika gali kubur

Lokasi kejadian mangsa tertimbus tanah ketika menggali kubur. FOTO JBPM PAHANG
A
A

KUANTAN - Seorang lelaki cedera selepas tertimbus tanah ketika sedang menggali kubur di tanah Perkuburan Islam Kampung Baru Jalan Benta Jerantut pagi semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 9.37 pagi, mangsa Mohd Nor Aizam [email protected], 37, dari Kampung Baru di sini cedera di kaki dan leher.

Penolong Penguasa Bomba Mohamad Zulkifli Mohamad Zainal berkata, mangsa berjaya dikeluarkan oleh orang awam yang berada di lokasi dan dibawa ke Hospital Jerantut bagi mendapatkan rawatan lanjut.

tanah2
tanah2

Menurutnya, seramai tujuh anggota dan seorang pegawai dikerahkan ke tempat kejadian selepas menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu.

"Setibanya di lokasi didapati mangsa telah berjaya diselamatkan orang awam.

"Pihak bomba kemudian membuat pemeriksaan bagi memastikan tiada lagi bahaya lain di lokasi," katanya.

Sementara itu Ketua Polis Daerah Jerantut, Superintendan Mazlan Hassan mengesahkan tiada sebarang laporan polis diterima berhubung kejadian tersebut.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!