Pembantu AADK rasuah tukar sampel air kencing

Muhammad Nazrul Hafriz didenda RM3,000 oleh Mahkamah Sesyan Kuantan selepas mengaku bersalah menerima suapan daripada seorang peneroka, dua tahun lalu.
Muhammad Nazrul Hafriz didenda RM3,000 oleh Mahkamah Sesyan Kuantan selepas mengaku bersalah menerima suapan daripada seorang peneroka, dua tahun lalu.
A
A
A

KUANTAN - Seorang pembantu Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) di Rompin dijatuhi hukuman denda RM3,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini, hari ini selepas mengaku bersalah terhadap pertuduhan alternatif menerima suapan RM1,000 daripada seorang peneroka bagi menukar sampel air kencing daripada positif dadah kepada negatif, dua tahun lalu.

Hakim, Mohd Ghazali Muhamad Taib memerintahkan Muhammad Nazrul Hafriz Md Saad, 33, turut menjalani hukuman penjara selama tiga bukan sekiranya gagal membayar denda tersebut.

Muhammad Nazrul Hafriz sebagai penjawat awam mengaku bersalah terhadap tuduhan menerima suapan RM1,000 daripada Che Md Ariff Mahmood bagi menukar sampel air kencing iaitu positif ganja kepada negatif.

Dia dakwa menerima suapan itu di simpang tiga, Perantau Damai, Kerantong, Rompin, kira-kira jam 1 hingga 3 petang, pada 30 Ogos 2018.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Siti Sarah Zainal Abidin di bawah Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara selama tempoh dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Artikel Berkaitan: