Pelajar tahfiz hilang dijumpai di Padang Besar


Muhammad Muqri dua kiri ditemui di Padang Besar selepas hilang pada 12 Januari lalu
Muhammad Muqri dua kiri ditemui di Padang Besar selepas hilang pada 12 Januari lalu
A
A
A

BALING - Pelajar tahfiz di Parit Panjang yang hilang dari asrama sejak 12 Januari lalu ditemui selamat di Stesen Tren Elektrik Ekspress di Padang Besar, Perlis.

Ibunya, Fadzilah Kassim, 48, berkata anaknya Muhammad Muqri Qayyum Zulkifli, 15, dijumpai seorang wanita yang juga peniaga kedai makan pada jam 1.43 pagi tadi.

"Wanita itu tahu Muqri hilang daripada perkongsian tular di Facebook. Awal pagi semalam dia segera hubungi adik saya memaklumkan perkara itu sebelum ahli keluarga pergi mengambil Muqri.

"Alhamdulillah, anak dalam keadaan sihat dan selamat. Bila ditanya, anak tidak pasti ke mana arah ingin dituju, cuma dia kata nak cari tempat sambung belajar," katanya kepada Sinar Harian ketika dihubungi hari ini.

Muhammad Muqri
Muhammad Muqri

[ARTIKEL BERKAITAN: Pelajar tahfiz hilang]

[ARTIKEL BERKAITAN: Azam tamatkan hafazan al-Quran sebelum Ramadan]

Menurutnya, anaknya masih berminat mendalami ilmu di sekolah pondok atau tahfiz.

Artikel Berkaitan:

"Saya akan berbincang dengan Muqri ke mana dia mahu belajar selepas ini. Saya harap dia dapat berbakti kepada masyarakat suatu hari nanti.

"Terima kasih kepada semua yang membantu mencari anak saya," katanya.

Sinar Harian pada 17 dan 18 Januari melaporkan kehilangan Muhammad Muqri Qayyum dari asrama dan dia kali terakhir dilihat di Sungai Petani.