Hanya 60 pengunjung dalam pasar: MPK

Keratan Sinar Harian yang menyiarkan rungutan peniaga di Pasar Besar Kuantan semalam.
Keratan Sinar Harian yang menyiarkan rungutan peniaga di Pasar Besar Kuantan semalam.
A
A
A

KUANTAN - Ketetapan 60 pengunjung yang dibenarkan memasuki Pasar Besar Kuantan bagi urusan pembelian dalam satu masa adalah munasabah.

Ketua Seksyen Perhubungan Awam dan Korporat MPK, Norkamawati Kamal berkata, itu adalah jumlah yang paling selesa untuk pengunjung membeli selain dapat menjaga penjarakkan sosial di antara satu sama lain.

"Kita tidak akan bagi pengunjung masuk terlalu ramai ke dalam pasar sebab bila terlalu ramai bimbang boleh mengundang kepada jangkitan koronavirus (Covid-19).

"Jadi jumlah pengunjung hanya dihadkan kepada 60 orang dan jumlah ini adalah yang paling baik dan selesa kepada mereka," katanya ketika dihubungi Sinar Harian hari ini.

[ARTIKEL BERKAITAN] - Peniaga rayu lebih ramai pelanggan dibenarkan masuk pasar

Semalam Sinar Harian menyiarkan rungutan peniaga yang meminta agar pihak berkuasa tempatan (PBT) termasuk Majlis Perbandaran Kuantan membenarkan lebih ramai pelanggan berada di pusat jualan itu dalam satu masa.

Rata-rata peniaga di pasar mendakwa anggaran 60 pelanggan yang memasuki pusat jualan berkenaan menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan mereka dan aktiviti penjualan mereka terjejas.

Mengulas lanjut mengenai rungutan itu, Norkamawati berkata, sehingga hari ini tiada arahan untuk membenarkan lebih pelanggan memasuki pasar berkenaan.

Katanya, jadi peniaga dan pelanggan perlu akur terhadap arahan yang telah diberikan dengan menghadkan 60 orang sahaja memasuki pasar terbabit.

Artikel Berkaitan:

"Kita harapkan pengunjung dapat mematuhi garis panduan yang telah ditetapkan," katanya.