Lakukan gencatan politik, terus bina negara

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin tiba pada Istiadat Pembukaan Mesyuarat Penggal Ketiga Parlimen ke-14 di Bangunan Parlimen hari ini. - Foto Bernama
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin tiba pada Istiadat Pembukaan Mesyuarat Penggal Ketiga Parlimen ke-14 di Bangunan Parlimen hari ini. - Foto Bernama
A
A
A

HARI ini tercatatnya sejarah baharu Malaysia, yang mengamalkan sistem demokrasi Berparlimen di bawah pentadbiran Raja Berpelembagaan dengan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sebagai ketua negara.

Buat pertama kalinya dalam sejarah, dua kerajaan Persekutuan terbentuk dalam satu penggal dan saya kembali ke Parlimen hari ini bagi Istidat Pembukaan Mesyuarat Pertama Persidangan Parlimen Penggal Ketiga, Parlimen ke-14 sebagai sebahagian daripada kerajaan.

Sejarah ini cukup unik untuk dikaji oleh penganalisa politik dan sarjana akademik sebagai bahan rujukan di masa hadapan.

Ia menyamai sejarah di Jepun yang mana Parti Liberal Demokratik (LDP) yang kalah pada tahun 2009 selepas 50 tahun memerintah di Jepun, namun, bangkit menjadi sebahagian daripada kerajaan selepas 3 tahun negara matahari terbit di perintah Parti Demokratik Jepun (DPJ) tidak disenangi rakyatnya.

Kerajaan baharu di bawah pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin merupakan sebuah kerajaan yang diperkenan Yang di-Pertuan Agong setelah mendapat mandat dan kepercayaan majoriti Ahli Dewan Rakyat melalui undian yang dilakukan di hadapan baginda tuanku.

Kerajaan ini terbentuk setelah runtuhnya kerajaan terdahulu akibat pembentrokan kuasa di antara mereka di kala negara dan dunia dilanda pandemik COVID-19.

Bagi saya, tidak timbul soal pintu belakang atau menebuk mana-mana ruang pun.

Kerajaan ini juga terbentuk dengan hasil kesepakatan parti-parti politik yang melihat negara, bangsa dan masyarakat majmuk perlu diselamatkan.

Artikel Berkaitan:

Walaupun kecaman demi kecaman dilemparkan kepada Perdana Menteri, namun beliau perlu cekal dan berjiwa besar.

Menjadi Perdana Menteri di saat negara, ekonomi berada di dalam keadaan baik mungkin agak mudah, tetapi menjadi Perdana Menteri di saat ini amat sukar serta memerlukan daya tahan dan daya juang yang tinggi, demi melihat bangsa dan negara yang kita cintai ini, terbela dan terselamat.

Sesungguhnya, langkah pembentukan kerajaan terpaksa dibuat bagi menyelamatkan Malaysia daripada krisis politik pada ketika itu dan kita harus mengorak langkah serta menyusun strategi bagi kelangsungan negara terutama dalam menghadapi cabaran selepas wabak ini berakhir kelak.

Justeru itu, saya menyeru agar semua pihak membuat gencatan politik bagi segala propaganda politik dan kita harus bekerjasama bagi memastikan negara yang dicintai ini terus aman, makmur dan harmoni di bawah pentadbiran Perdana Menteri dan tahniah saya ucapkan kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin yang telah dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ke 8.

Sokongan penuh harus diberikan kepada beliau dalam memastikan negara terus memacu ekonomi dan mampan untuk masa hadapan.

*** Datuk Ahmad Jazlan Yaakub adalah Ahli Parlimen Machang merangkap Pengerusi Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB)