Mohon naik kadar tambang bas

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

ALOR SETAR - Kerajaan diminta mempertimbang kebenaran menaikkan tambang tambahan atau surcaj bagi membantu pengusaha bas yang terjejas akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Pengusaha bas Pancaran Matahari, Mohamaed Uzir Salleh berkata, buat masa ini, pihaknya tidak mengenakan sebarangan bayaran tambahan kepada penumpang bas dan masih mengekalkan harga sama seperti sebelum ini.

Bagaimanapun, katanya, seperti rakyat lain, pengusaha bas dan kakitangan syarikat bas juga antara golongan terkesan akibat PKP apabila operasi perniagaan tidak dapat diteruskan seperti biasa.

“Ketika ini, hanya dua daripada 50 bas kami beroperasi semula manakala 80 pemandu bas terpaksa bergilir-gilir membawa bas ke destinasi ditetapkan berbanding sebelum ini.

“Sebelum ini, bas bergerak lebih kurang 20 kali setiap hari tetapi sekarang pengangkutan awam berkenaan hanya beroperasi waktu pagi dan petang, itu pun hanya satu laluan,” katanya di sini kelmarin.

Katanya, laluan bas berkenaan kini juga hanya satu laluan iaitu Terminal Bas Bersepadu (TBS), Jalan Duta, Lembah Klang berbanding banyak destinasi sebelum ini

Beliau berkata, pengusaha bas juga cuma dibenarkan membawa penumpang dalam bilangan terhad iaitu kira-kira 20 penumpang mengikut garis panduan ditetapkan

“Jika pada musim perayaan, kerajaan membenarkan kenaikan sedikit tambang, maka kami berharap perkara berkenaan dapat dipertimbangkan dengan mengambil kira kerugian ditanggung pengusaha bas,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Ujarnya, beliau menyokong jika ada cadangan agar kerajaan menetapkan surcaj baharu untuk perkhidmatan bas terkesan dengan PKP sekali gus membantu kelangsungan industri perkhidmatan bas dan kakitangannya.