Bayi antara 17 mangsa dipindahkan akibat banjir kilat

Gambar : Tular Facebook

A
A
A
IPOH - Seorang bayi perempuan antara 17 mangsa banjir membabitkan tiga keluarga yang dipindahkan berikutan banjir kilat yang melanda Kampung Sungai Rokam di sini hari ini.

Operasi memindahkan mangsa banjir dibuat

berikutan limpahan air dari Sungai Rokam akibat hujan lebat berterusan selama dua jam sejak 6 petang.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Kinta dalam satu kenyataan berkata, semua mangsa terdiri daripada terdiri tujuh lelaki, wanita (5), seorang kanak-kanak dan bayi perempuan itu ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Dewan Dato' Ahmad Said.

"Pusat pemindahan dibuka pada jam 8.30 malam tadi.
Artikel Berkaitan:


"Proses pemindahan dibantu lapan jabatan dan agensi terlibat antaranya bomba, polis, Angkatan Pertahana Awam Malaysia (APM) dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)," katanya.

Kenyataan sama memaklumkan, keadaan di lokasi kini masih hujan renyai.

"Tinjauan di sekitar kawasan terjejas dilakukan bagi memastikan keadaan selamat," katanya.