Atase Agama Kedutaan Arab Saudi edar iftar kepada warga emas, anak yatim

Sheikh Abdul Rahman mengedarkan bungkusan iftar kepada penduduk di Ampang, semalam.
Sheikh Abdul Rahman mengedarkan bungkusan iftar kepada penduduk di Ampang, semalam.
A
A
A

AMPANG - Pejabat Atase Agama Kedutaan Arab Saudi di Malaysia melaksanakan program agihan Iftar Ramadan kepada warga emas dan anak yatim di sekitar Lembah Kelang, semalam.

Menurut kenyataan media, Atase Agama Arab Saudi ke Malaysia, Sheikh Abdul Rahman Al-Rubaian memaklumkan Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz Al Saud berkenan menyalurkan sumbangan berbuka puasa dan bakul bantuan Ramadan membabitkan peruntukan RM5.7 juta (5 juta Saudi Riyal) kepada 18 negara, termasuk Malaysia.

“Kita akan mengagihkan 15,000 pek makanan berbuka dan 1,000 bakul bantuan barangan asasi di seluruh negara sempena Ramadan, sumbangan itu turut diagihkan kepada komuniti Rohingya, masyarakat Orang asli dan komuniti anak kelahiran Arab Saudi,” katanya.

Beliau menjelaskan bahawa pihaknya menyelaraskan proses pengedaran dengan kerjasama Pertubuhan Ilmuan Malaysia (iLMU), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia dan Syarikat ZeptoExpress Malaysia untuk perkhidmatan penghantaran.

“Sumbangan itu atas keprihatinan Raja Salman terhadap situasi negara Islam ketika ini, pek dan bungkusan itu akan disalurkan terus ke lokasi masing-masing melalui syarikat penghantaran tanpa perlu berkumpul untuk menerima bantuan,” katanya.

Artikel Berkaitan: